A brand new lyric that I wrote a few days ago...this one took a while since I'd not accustomed to the instrumental just yet. The original is Faith is for Transient People, by ZUN. The arrangements are made by Kota-rocK, renamed Sin. For me, the lyrics are made by me and I renamed it Everything is Transient. Okay, the theme of Kochiya Sanae, the counterpart of Hakurei Reimu, or else, the second armpit shrine maiden.^^ Here's the lyric for this cute armpit shrine maiden. Enjoy!
Tiada yang kan kekal di dunia selamanya
Semuanya hanya sementara
Dirimu jua tidak terkecuali
Kesucianmu yang sementara
Ku memerhati dirimu yang kesepian
Keseorangan di tengah dunia yang kosong
Kesedihan tiada siapa bersamamu
Hidupmu merana kerana kisah silam
Ku hulur tanganku kepadamu namun kau tidak menyambutnya
Tiada yang kan kekal di dunia selamanya
Mahupun kesucianmu itu
Aku berkelana mencari di mana dirimu
Agar kau menemui bahagia
Kau cuba menebus segala dosa masa lalu
Engkau yang hina mencari kebenaran
Aku yang tulus ingin membantumu untuk mencari segala kebenaran
Kesucian yang telah hilang namun ku tetap tahu
Di dalam hatimu tetap suci
Niat tulus ikhlas dari hatiku
Mengharapkan kau akan bahagia
Ku hulur tanganku dan kau pun menyambut tanganku dengan tanganmu
Bersama kita berdua menuju ke arah dunia yang bahagia
Tiada yang kan kekal di dunia selamanya
Semuanya hanya sementara
Kesucian tidak terkecuali
Semuanya akan pergi dan musnah
Hope you guys enjoy the lyric. I took quite a long time to make this one. XD
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment